S

ekolah Kebangsaan Kuala Perlis telah diberikan kepercayaan menjadi tuan sempena program Pelancaran Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat JPN Perlis yang telah berlangsung pada 11 Oktober lalu.

Program yang diadakan bersempena dengan pelancaran Bulan Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2019 itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, YB Mohd. Azam Karap.

Turut hadir memeriahkan acara yang dihadiri lebih 1000 orang itu ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Tuan Hj. Izmi b. Hj. Ismail serta wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan sekitar Kuala Perlis.

Acara bermula dengan ucapan daripada Tuan Hj. Izmi b. Hj. Ismail disusuli dengan upacara perasmian oleh YB.  Nor Azam Karap dan aktiviti senamrobik.

Para peserta kemudiannya mengikuti aktiviti berjalan kaki 10000 langkah menyusuri beberapa perkampungan di sekitar Kuala Perlis.