B

uat tahun kedua berturut-turut pasukan bola sepak SK Kuala Perlis telah berjaya menjadi johan Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun Piala Yayasan Bank Rakyat yang telah berlangsung pada 19 dan 20 September lalu.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di padang bola sepak sintetik Simpang Empat itu, pasukan SK Kuala Perlis telah menewaskan musuh tradisi SK Sena dengan keputusan 3-0.

Tambah manis, dua orang pemainnya turut dinobatkan selaku pemain terbaik dan penjaga gol terbaik kejohanan.

Kejayaan ini membolehkan pasukan kendalian Cikgu Ibni ini untuk mewakili Perlis ke kejohanan peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Melaka pada minggu hadapan.