P

erkhemahan Badan Beruniform SK Kuala Perlis telah diadakan pada 23 dan 24 Ogos yang lalu. Perkhemahan ini telah disertai oleh murid-murid tahun 4 dan 5 yang telah terpilih mewakili badan beruniform masing-masing.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan berlangsung. Antaranya slot pemasangan khemah, pertolongan cemas dan sesi penghayatan malam.

Turut diadakan adalah acara ‘Treasure Hunt’ serta slot Ikhtiar Hidup.

Perkhemahan pada kali ini telah dirasmikan oleh guru besar, En. Shamsul Ariffin Mohd. Diah.