Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2019 Peringkat Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis telah diadakan pada hari Jumaat, 23 Oktober 2019, bertempat di perkarangan dataran perhimpunan sekolah.

Majlis bermula jam 8.00 pagi dengan ucapan pengacara majlis, disusuli dengan perarakan masuk bendera Malaysia dan Negeri Perlis oleh anggota pasukan Pengakap SKKPs serta bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Zamri b. Busu dan bacaan sajak kemerdekaan.

Gimik pelancaran pula dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru praktikum IPGM Kampus Perlis. Gimik kreatif yang berkonsepkan sketsa pendek itu ternyata berjaya menarik perhatian para guru dan murid.

Turut diadakan bersempena majlis pelancaran ini adalah slot ‘Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih’, kuiz sejarah dan acara penyampaian hadiah manakala acara kibar Jalur Gemilang dan nyanyian lagu tema pula menutup tirai majlis pelancaran berkenaan.