K

etika para pemain pasukan bola sepak Kedah meraikan kejayaan menjulang Piala FA semalam, ramai yang tidak mengetahui bahawa salah seorang daripada mereka adalah bekas pelajar di SK Kuala Perlis suatu masa dahulu.

Beliau adalah┬áMohd Ifwat Akmal bin Chek Kassim. Lahir pada 10 Ogos 1996, beliau kini merupakan penjaga gawang utama pasukan yang terkenal dengan gelaran ‘Helang Merah’ dan aksi cemerlangnya malam semalam turut menjadi faktor kejayaan pasukan itu menjadi johan piala berkenaan.

Pada tahun lalu, beliau telah hadir ke Hari Anugerah Cemerlang SK Kuala Perlis dan menerima anugerah khas yang disampaikan oleh ADUN Kuala Perlis, YB Nor Azam Karap.