M

urid-murid tahun 6 SK Kuala Perlis telah berkampung selama 3 hari 2 malam di Kem Kenari, Yan, Kedah untuk mengikuti program Kem Semarak Minda.

Kem berkenaan merupakan sebahagian daripada program yang telah disusun oleh pihak sekolah ke arah meningkatkan lagi pencapaian akademik mereka sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR nanti.