M

inggu Sihat Doktor Muda Peringkat SK Kuala Perlis telah diadakan pada 3 Julai 2019, bertempat di Dataran SK Kuala Perlis. Bertemakan Walk – Let’s Move, program ini dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En. Zulkarnin bin Mat Nayan.

Program bermula dengan bacaan perutusan oleh En. Zulkarnin, disusuli dengan acara senamrobik melibatkan semua warga sekolah yang dikendalikan oleh instruktor kecergasan KDM SKKPs.

Turut diadakan pemeriksaan kuku, rambut dan pakaian oleh para anggota KDM SKKPs melibatkan semua murid.

Selain itu, pasukan sorak sekolah turut mengambil peluang mempersembahkan sorakan mereka manakala pertandingan mewarna pula menutup tirai acara.