S

ekolah Kebangsaan Kuala Perlis telah berjaya melaksanakan tanggungjawab mengelolakan Kejohanan Bola Sepak MSSPs Bawah 12 Tahun 2019 yang berlangsung pada 24 hingga 27 Jun yang lalu.

Kejohanan kali ini diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi, Kangar.

Pasukan dari PKP Kuala Perlis telah muncul sebagai johan kejohanan setelah menewaskan pasukan dari PKP Arau menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat dengan jaringan 1-1 sehingga tamat masa permainan.