0

PESERTA MISI ANTARTIKA LAWAT SK KUALA PERLIS

Share

Nurul Atiqah Tamarun, salah seorang peserta Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika (AWETA), telah mengadakan lawatan ringkas ke SK Kuala Perlis pada hari Isnin, 17 Jun 2019.
Beliau yang akan berlepas ke kutub selatan pada bulan November nanti merupakan bekas pelajar sekolah ini sekitar tahun 1995 hingga 1999.

Kehadirannya disambut oleh guru besar serta seluruh warga sekolah. Bersempena dengan perhimpunan mingguan sekolah yang berlangsung pada pagi tersebut, beliau turut diberi peluang menyampaikan ucapan kepada para pelajar sekolah.

Nurul Atiqah merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang telah terpilih sebagai Ratu Ais bagi misi ekspedisi Antartika. Kumpulan berkenaan bertanggungjawab mengambil dan membawa pulang kapsul lama yang ditanam wirawati negara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir pada tahun 2004.

Selain itu, mereka juga bakal menanam kapsul masa baharu sekali gus menjadi kumpulan wanita pertama Malaysia yang merentasi Kutub Selatan pada penghujung tahun ini.