M

urid SK Kuala Perlis telah menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih apabila menyertai proses ‘pengundian’ yang berlangsung di Dataran SK Kuala Perlis pada 26 April 2019.

Proses pengundian yang berlangsung seawal jam 8 pagi ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan di bawah penyeliaan petugas-petugas pengundian yang dilantik dalam kalangan guru.

Proses pengundian ini sebenarnya adalah bagi memilih calon guru yang akan menerima hadiah bagi enam kategori yang disediakan oleh jawatankuasa pelaksana Hari Guru SKKPs yang akan berlangsung pada 30 April nanti.

Setelah selesai proses pengundian, kertas-kertas undi dalam keenam-enam ‘peti undi’ akan dijumlahkan dan keputusannya akan diumumkan pada majlis yang akan diadakan nanti.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama kaedah pengundian dipilih bagi menentukan guru yang akan menerima hadiah bagi kategori-kategori yang dipertandingkan sempena Sambutan Hari Guru.