P

anitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SK Kuala Perlis telah menganjurkan program Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat SK Kuala Perlis yang berlangsung pada hari Jumaat, 5 April 2019.

Acara sambutan bermula dengan majlis bacaan Yaasin di dataran perhimpunan secara beramai-ramai melibatkan seluruh warga sekolah. Sebaik saja tamat, murid-murid tahap 2 telah mengikuti Ceramah Israk dan Mikraj yang diadakan di surau sekolah. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Zulhamdi bin Zainal Abidin daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Selain ceramah, turut diadakan adalah aktiviti mewarna yang melibatkan murid-murid tahap 1.