U

ntuk tahun kedua berturut-turut, kontinjen SK Kuala Perlis telah muncul sebagai JOHAN dalam Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat PKP Kuala Perlis bagi tahun 2019, yang berlangsung pada 20 hingga 21 Februari yang lalu, di Mini Stadium SMK Syed Hassan, Kangar.

Pasukan ini berjaya meraih 7 pingat emas, 4 pingat perak dan 3 pingat gangsa untuk berada di kedudukan teratas mengatasi dua sekolah pencabar iaitu SK Kayang (4 emas, 8 perak, 2 gangsa) dan SK Padang Besar Selatan (3 emas, 3 perak dan 5 emas).

Selain itu, seorang atlet SK Kuala Perlis iaitu Tarmizi Razali turut dinobatkan sebagai Olahragawan Kejohanan apabila memenangi dua pingat emas di samping memecahkan satu rekod kejohanan.