M

ajlis Persaraan Puan Muzirah Ismail telah diadakan pada hari Jumaat 1 Februari 2019 bertempat di Dewan Terbuka SK Kuala Perlis.

Beliau merupakan guru Bahasa Melayu yang telah bertugas di SK Kuala Perlis sejak tahun 2002.

Majlis bermula dengan majlis Bacaan Surah Yaasin melibatkan semua guru dan murid disusuli dengan acara penyampaian hadiah, tayangan montaj dan persembahan daripada murid.

Tepat jam 11.30 pagi, beliau telah mengimbas kad pada sistem perakam waktu buat kali terakhir sebagai tanda menamatkan perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik selama lebih 30 tahun.