P

asukan Sepak Takraw SK Kuala Perlis membuka tirai kemenangan tahun 2019 apabila muncul sebagai johan dalam Kejohanan Sepak Takraw PKP Kuala Perlis 2019 yang berlangsung di Dewan SK Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Kejohanan yang berlangsung pada 24 Januari 2019 menyaksikan sejumlah lapan pasukan telah berentap bagi mewakili PKP Kuala Perlis ke kejohanan peringkat MSSPs.

Pasukan yang dibimbing oleh Ustaz Zannuri itu mencatatkan kemenangan bergaya apabila menang semua perlawanan tanpa kalah dalam kejohanan tersebut.

Sementara itu, pada kejohanan yang sama, SJKC Choon Siew telah terpilih menerima anugerah khas daripada penganjur kejohanan kerana buat julung kalinya menyertai kejohanan sepak takraw tersebut sebagai pasukan bukan Melayu.