S

elaras dengan sasaran wewajibkan penggunaan e-rph secara menyeluruh dalam kalangan guru menjelang tahun 2020, satu bengkel e-rph telah diadakan di makmal komputer pada hari Khamis, 24 Januari 2019.

Sesi penerangan serta tunjuk cara telah diberikan oleh Cikgu Ruslin Bakar dan dibantu oleh Cikgu Nursaiful Abdul Roni.

Menerusi bengkel ini, para guru telah didedahkan tentang cara-cara menggunakan sistem e-rph secara teori dan amali bagi memastikan mereka mempunyai pengetahuan yang lengkap sebagai persediaan menggunakan sistem tersebut pada tahun depan.