M

ajlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK Kuala Perlis telah diadakan pada hari Isnin 14 Januari 2019, bertempat di Dataran Perhimpunan SKKPs.

Majlis bermula dengan sesi pemakaian blazer oleh Guru Besar SK Kuala Perlis, En. Shamsul Ariffin Mohd. Diah kepada Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas sekolah diikuti dengan acara penyampaian watikah kepada para pengawas sekolah.

Sebaik selesai sesi tersebut, para pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah yang dilantik telah melafazkan ikrar pengawas dengan disaksikan oleh semua guru dan murid SKKPs.