M

ajlis Dialog Prestasi Tahun 6 dan Menandatangani Akujanji telah berlangsung pada hari Jumaat, 11 Januari 2019.

Program yg diadakan di Surau SK Kuala Perlis itu melibatkan semua murid tahun 6 serta ibu bapa dan waris murid.

Matlamat program adalah bagi memaklumkan kepada murid dan ibu bapa akan program-program yang akan dilaksanakan di samping memaklumkan prestasi akademik mereka.

Selain itu, majlis dialog prestasi ini juga menjadi platform perbincangan antara guru dan ibu bapa khasnya dalam perkara berkaitan kemajuan murid.