S

atu bengkel E-RPH telah diadakan kepada guru-guru SK Kuala Perlis pada hari Sabtu, 27 Oktober 2018 bertempat di Bilik Sidang Budiman.

Bengkel bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan kehadiran direkodkan menggunakan QR Code.

Sesi bengkel telah dikendalikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Abi, Md. Nazir bin Nik Ali. Sepanjang tiga jam, beliau telah menerangkan secara teori dan praktikal cara-cara menulis rancangan pengajaran harian secara dalam talian (online)

Untuk rekod, guru-guru SK Kuala Perlis akan mula menggunakan sepenuhnya E-RPH mulai tahun 2020.

E-RPH merupakan inovasi terkini yang membolehkan para guru menulis RPH secara atas talian menerusi Google Docs dan kemudiannya dimuatnaik ke VLE Frog. Antara kelebihan kaedah ini adalah mengurangkan penggunaan kertas, lebih selamat (secure) dan mudah disemak oleh pihak pentadbir.