S

ambutan Hari Sukan Negara 2018 telah diadakan di Dataran SK Kuala Perlis pada 13 Oktober 2018, melibatkan seluruh warga sekolah.

Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En. Zulkarnin Mat Nayan diikuti dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh para guru pelatih IPGM Perlis yang sedang menjalani latihan praktikum di sini.

Para guru dan murid kemudiannya telah mengikuti aktiviti berjalan kaki mengelilingi pekan Kuala Perlis.