A

nugerah Pembestarian Sekolah (APS) 2018 Peringkat Negeri Perlis telah berlangsung di Auditorium Kompleks KDN, Kangar pada 11 Oktober yang lalu.

Untuk kali ini, SK Kuala Perlis berjaya meraih dua anugerah daripada dua pertandingan yang disertai.

Cikgu Muhd. Ruslin Bakar telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori Dashboard VLE Terbaik Sekolah Rendah sementara Cikgu Nursaiful Abdul Roni pula meraih tempat ketiga dalam kategori Laman Web Terbaik Sekolah Rendah.