P

asukan bola sepak SK Kuala Perlis yang mewakili negeri Perlis dalam Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 1 Murid 1 Sukan KPM-YBR Peringkat Kebangsaan 2018 layak ke peringkat suku akhir setelah menjadi johan Kumpulan C.

 

Dalam kejohanan peringkat kumpulan yang berlangsung pada 8 Oktober yang lalu, pasukan ini telah berjaya memungut 7 mata hasil 2 kemenangan dan 1 seri serta berkongsi mata dengan pasukan dari negeri Perak.

Walaubagaimanapun, perbezaan satu gol membolehkan pasukan Perlis dinobatkan selaku johan kumpulan.

Pada hari ini, pasukan Perlis akan berentap di peringkat suku akhir menentang pasukan Pahang dan kemenangan akan melayakkan Perlis ke peringkat separuh akhir.