S

eramai 10 orang murid SK Kuala Perlis telah menyertai Perkhemahan Unit Beruniform PKP Kuala Perlis yang berlangsung di Pusat Kokurikulum Timah Tasoh, Kaki Bukit Perlis pada 3 hingga 4 Oktober yang lalu.

Program yang julung-julung kali diadakan itu turut disertai sebanyak lapan buah sekolah dalam PKP Kuala Perlis.

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang dua hari perkhemahan berlangsung adalah aktiviti membaca kompas (orientaring), wall climbing, ikhtiar hidup, kawad kaki serta mendirikan khemah.