M

ajlis Perasmian Bilik Baitunnajah telah diadakan pada hari Jumaat, 5 Oktober 2018. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En. Shamsul Ariffin bin Mohd. Diah.

Majlis bermula dengan acara menandatangani plak oleh guru besar, diikuti dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Mohd. Zamri serta jamuan makan.

Bilik Baitunnajah adalah bilik pemulihan/LINU yang diilhamkan oleh Guru Besar En. Shamsul Ariffin Mohd. Diah dan diletakkan di bawah seliaan Puan Siti Fatimah Azlan.