P

asukan Bola Sepak SK Kuala Perlis yang dibimbing oleh Cikgu Mirzanil telah menjuarai Kejohanan Bola Sepak Bank Rakyat 7 Sebelah Bawah 11 Tahun 1Murid 1Sukan yang telah berlangsung pada 27 dan 38 Julai lalu, bertempat di SK Sena, Sekolah Berprestasi Tinggi.

Tambah membanggakan, seorang pemainnya iaitu Izzuddin Afif, telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.

Kemenangan yang telah dicapai membolehkan pasukan ini mewakili negeri Perlis ke kejohanan peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti.

Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada semua guru dan murid yang telah mengharumkan nama sekolah.