M
urid-murid PPKIBP SK Kuala Perlis telah mengikuti Program Jom Ke Perpustakaan dan Aktiviti I-Play pada 2 Ogos yang lalu, bertempat di Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis, Perlis.
Mereka tiba di perkarangan perpustakaan kira-kira jam 9.30 pagi dan disambut oleh kakitangan perpustakaan.
Objektif program adalah bagi memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak istimewa, menyemai semangat cintakan ilmu serta meningkatkan kemahiran bersosial di tempat awam.
