B

ersempena dengan hari terakhir persekolahan sebelum bercuti penggal, Panitia Pendidikan Islam SK Kuala Perlis telah menganjurkan Majlis Penutupan Ihya Ramadhan dan Di Ambang Syawal pada hari Jumaat, 8 Jun 2018, bersamaan 23 Syawal 1439H.

Majlis yang diadakan di Dewan Terbuka SK Kuala Perlis itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zamri, disusuli dengan slot tazkirah Di Ambang Syawal yang disampaikan oleh Cikgu Nursaiful.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara khatam Al-Quran disusuli dengan penyampaian hadiah-hadiah pertandingan yang telah berlangsung sepanjang Program Ihya Ramadhan 2018.

Tuan Guru Besar, En. Shamsul Ariffin Mohd. Diah kemudiannya telah menyempurnakan perasmian penutup program serta menyampaikan sumbangan khas Aidilfitri kepada anak-anak yatim.

Majlis sambutan pada kali ini diakhiri dengan sesi bersalaman antara guru dan murid SKKPs serta pemberian duit raya oleh guru besar kepada semua murid.