W

arga SK Kuala Perlis tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai program World Quran Hour 2018 yang dijalankan secara serentak di seluruh dunia, pada 7 Jun 2018 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1439H.

Program yang sudah memasuki tahun ketiga penganjurannya itu diadakan secara besar-besaran serta berjaya menarik masyarakat Islam di seluruh dunia untuk mengalunkan ayat suci al-Quran pada satu masa yang gemanya terasa di seluruh pelusuk bumi.

Dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) kali pertama pada 11 September 2016, World #QuranHourĀ  2018 berpusat di lokasi utamanya di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

Di SK Kuala Perlis, para guru dan murid telah memenuhi ruangan surau sekolah pada jam 11.30 pagi untuk membaca Al-Quran secara beramai-ramai. Bacaan Al-Quran beramai-ramai ini telah dipimpin oleh Ustaz Zamri.

Turut menyertai program berkenaan, Guru Besar, En. Shamsul Ariffin bin Mohd. Diah. Dalam ucapan ringkasnya, beliau menyatakan bahawa program seumpama ini, meskipun ringkas tetapi amat bermakna kerana mampu mendekatkan umat Islam dengan Al-Quran.