P

asukan bola Sepak Bawah 12 Tahun SK Kuala Perlis telah mencatat sejarah apabila muncul sebagai johan dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSPs bagi tahun 2018.

Selain itu, pasukan yang dikendalikan oleh Cikgu Mirzanil ini turut meraih anugerah penjaring terbanyak kejohanan serta anugerah pemain pertahanan terbaik, masing-masing menerusi Al Amin Azirol dan Zulhilmi Zaidi.

 

Pasukan ini telah menjaringkan sebanyak 17 gol dan hanya bolos 3 kali sepanjang kejohanan berlangsung. Kejohanan edisi kali ini telah berlangsung di SK Oran pada 14 hingga 15 Mei yang lalu.