B

ertemakan’Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’, Sambutan Hari Guru Peringkat SK Kuala Perlis telah berlangsung pada 16 Mei 2018 dalam suasana penuh meriah.

Pelbagai acara melibatkan para guru dan murid telah diadakan, antaranya nyanyian lagu tema Kami Guru Malaysia, ikrar guru, slot perutusan hari guru, persembahan murid dan juga sukaneka guru.

Selain itu, sambutan kali ini turut menampilkan kelainannya yang tersendiri apabila semua murid berpeluang menikmati kek yang disumbangkan oleh guru-guru SKKPs.