M

ajlis Pelancaran Kempen Membaca 1 Malaysia (KM1M) Peringkat SK Kuala Perlis telah diadakan pada 20 April 2018, bertempat di Dataran SK Kuala Perlis.

Acara perasmian KM1M telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Kuala Perlis, En. Shamsul Ariffin Mohd. Diah.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah majlis penyerahan wakaf buku daripada PIBG, guru dan murid, bacaan senyap 10 minit, pertandingan mewarna dan juga kuiz.