M

uhammad Ashiff bin Ahmad Suhairi telah mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan sebagai Tokoh Doktor Muda Perlis 2018 sempena Konvensyen HePiLI (Health Promotion in Learning Institution) yang telah berlangsung pada 21 April 2018.

Pencapaian tersebut akan membolehkan beliau mewakili negeri Perlis ke konvensyen di peringkat kebangsaan yang dijadualkan akan berlangsung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, pada 24 hingga 27 Julai 2018.