T

anggal 24 April 2018 menyaksikan SK Kuala Perlis kehilangan seorang lagi pendidik yang sudah sekian lama menabur baktinya di sekolah ini serta sangat komited dalam tugasnya.

Cikgu Chik bin Darus.

Beliau telah memilih untuk menamatkan perkhidmatannya pada usia 56 tahun pada ketika kudrat serta pengalamannya masih diperlukan, justeru kehilangan beliau amatlah dirasai.

Buat Cikgu Chik, hanya doa yang mampu kami titipkan buat mengiringi pemergianmu. Moga Allah kurniakan buatmu keampunan, rahmat dan kesenangan yang berpanjangan.

Terima kasih cikgu.