S

eramai empat orang murid daripada PPKIBP SK Kuala Perlis telah menyertai kem Perlis Agoonoree 2018 yang telah diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Padang Besar, Perlis, pada 18 hingga 20 April yang lalu.

Mereka ialah Siti Sarah bt Chat, Nurul Ain bt Rizal, Muhammad Aiman Hakim b.Mazean dan Muhammad Ammar Irfan b.Abdullah.

 

Turut serta dua orang guru pengiring dan seorang PPM iaitu En. Shahimi bin Shafiee, En Muhd Shafiq b. Shahidan dan Pn. Siti Nor Haslinda bt Yahya.

Sepanjang berlangsungnya kem, pelbagai aktiviti telah diikuti oleh para peserta. Aktiviti-aktiviti yang disediakan membolehkan para peserta berinteraksi sesama mereka, meningkatkan kemahiran kendiri serta mempelajari asas-asas perkhemahan selain mengukuhkan jatidiri para peserta MBK.

Muhammad Aiman Hakim b.Mazean telah menerima anugerah khas bagi kategori sekolah rendah yang telah disampaikan pada hari terakhir kem.