B

ersempena dengan perhimpunan mingguan pada 16 April yang lalu, telah diadakan majlis ringkas bagi menghargai tugas dua orang anggota PDRM yang berperanan sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Kpl. Mohd. Deri b. Omar dan Kpl. Mohd. Fuad b. Jabar .

 

Kedua-dua anggota tersebut telah menerima sijil penghargaan dan cenderahati daripada pihak sekolah yang disampaikan sendiri oleh Guru Besar SKKPs, En. Shamsul Ariffin b. Mohd. Diah.

Dalam majlis tersebut, Kpl. Mohd. Deri b. Omar turut diberi peluang untuk menyampaikan ceramah ringkas berkenaan peranan pihak polis kepada murid-murid.

INFO PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH

  1. Kpl Mohd. Deri b. Omar
  2. Kpl. Mohd. Fuad b. Jabar