P

rojek Laluan OKU SK Kuala Perlis merupakan antara contoh program kerjasama yang telah diwujudkan antara pihak sekolah dengan agensi luar yang memberikan manfaat kepada seluruh warga sekolah.

Menerusi projek ini, IKBN Kuala Perlis telah membina sebanyak dua buah laluan khas untuk murid-murid OKU untuk memudahkan pergerakan mereka ke kantin dan padang sekolah.

Kerja-kerja pembinaan laluan khas ini telah bermula pada 7 April yang lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 9 April nanti.

Selain memberikan keselesaan kepada para pelajar, kerjasama ini juga membantu meningkatkan lagi hubungan baik yang telah lama terjalin antara pihak sekolah dengan IKBN Kuala Perlis.

Dengan adanya laluan khas ini, diharapkan dapat memberikan keselesaan kepada murid-murid yang memerlukannya. Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada pihak IKBN Kuala Perlis atas bantuan yang diberi.