Bertempat di Pusat Rekreasi Pengkalan Asam, Kangar, telah diadakan Hari Keluarga PPKIBP SK Kuala Perlis pada 27 Mac 2018.

Program yang melibatkan para guru, murid-murid dan para waris PPKIBP itu bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengah hari.

Objektif diadakan hari keluarga ini adalah bagi meningkatkan kemahiran sosial para murid PPKIBP serta merapatkan ukhuwwah antara guru dan ibu bapa murid.