Setelah setahun, akhirnya, gelaran juara Kejohanan Balapan dan Padang PKP Kuala Perlis kembali menjadi milik SK Kuala Perlis.

Kejohanan pada kali ini telah berlangsung diadakan secara serentak dengan PKP Simpang Empat, di Stadium SMK Syed Hassan, Kangar, pada 6 hingga 7 Mac yang lalu.

Jika pada edisi sebelumnya, SKKPs terpaksa berpuas hati di tempat kedua, kejohanan kali ini menyaksikan pasukan ini berjaya merangkul 9 pingat emas, 5 pingat perak dan 6 pingat gangsa daripada sejumlah 48 buah pingat yang dipertandingkan yang membolehkannya muncul sebagai johan kejohanan.

Tambah manis apabila salah seorang pesertanya, Aida Nur Husna bt. M. Zamri, telah dinobatkan sebagai olahragawati kejohanan setelah berjaya memecahkan rekod kejohanan dalam acara 100 meter perempuan.

Jum. Pingat

Pingat Emas

Pingat Perak

Pingat Gangsa