M

ajlis Pelancaran Hari Anti Dadah Peringkat SK Kuala Perlis telah diadakan pada hari Khamis, 1 Mac 2018, bertempat di Dataran Perhimpunan SKKPs.

Antara acara yang diadakan termasuklah Bacaan Ikrar Anti Dadah, Perutusan Hari Anti Dadah Peringkat Sekolah, Upacara Perasmian Hari Anti Dadah, Slot Tayangan Video Bahaya Dadah serta Pertandingan Mewarna Anti Dadah.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar SKKPs, Encik Shamsul Ariffin bin Mohd. Diah.

 

Selain itu, turut diadakan ceramah Anti Dadah yang telah disampaikan oleh Koperal Mohd. Deri bin Omar.

Objektif program bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang bahaya penyalahgunaan dadah di samping memberikan kesedaran kepada mereka peri pentingnya mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala pengambilan dadah.

Selain itu, program turut bertujuan memastikan Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis bebas daripada dadah.