S

eawal jam 7.30 pagi, seluruh warga SK Kuala Perlis telah berkumpul di tapak perhimpunan sekolah bagi meraikan Cikgu Shamsul Ariffin bin Mohd. Diah, Guru Besar SKKPs, yang menyambut hari lahir beliau pada hari ini.

Majlis tetap meriah meskipun diadakan secara ringkas.

Untukmu Cikgu Shamsul, kami ucapkan Selamat Hari Lahir. Moga hidupmu sentiasa di bawah naungan keampunan dan kasih-sayang Allah serta beroleh nikmat kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan.