P

asukan Merentas Desa SKKPs telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori Bawah 12 Tahun, dalam kejohanan Merentas Desa MSSPs yang telah berlangsung pada 10 Februari 2018.

Dalam kejohanan tersebut, atlet lelaki dan perempuan SKKPs telah mengungguli kategori masing-masing dengan meraih juara keseluruhan bagi kategori lelaki dan perempuan. Pasukan ini diwakili oleh seramai lapan orang peserta iaitu empat lelaki dan empat perempuan.

Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada semua jurulatih dan atlet atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah.