M

ajlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah telah diadakan pada 22 Januari 2018 bertempat di Dataran Perhimpunan SKKPs.

Seramai 115 orang murid, terdiri daripada 53 orang pengawas sekolah, 31 orang pengawas pusat sumber , 6 orang pengawas PPKIBP dan 25 orang ketua darjah yang telah mengikuti Kursus Kepiminan Pengawas Sekolah pada 19 Januari yang lalu telah menerima watikah yang disampaikan oleh Guru Besar, En. Shamsul Ariffin b. Mohd. Diah.

Dalam majlis yang sama juga, Fadhil Hakim b. Ahmad Fazli telah diumumkan sebagai ketua pengawas sekolah manakala Norlydia Athirah bt. Mohd. Zamri pula selaku penolong ketua pengawas sekolah.

MAKLUMAT PROGRAM

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah

Tarikh: 22/1/2018

Tempat: Dataran Perhimpunan SKKPs

Masa: 8.00 pagi