M

esyuarat Agung PIBG Kali ke 42 SK Kuala Perlis telah berlangsung pada 12 Januari 2018, bertempat di Kantin SKKPs.

Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang, dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, YB Tuan Hj. Mat bin Hj. Hassan.

Turut hadir, Yang Dipertua PIBG SKKPs, En. Zahari bin Abas serta barisan AJK PIBG SKKPs bagi sesi 2017-208.

Dalam ucapannya, beliau telah menekankan peri pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan sepenuh perhatian terhadap pendidikan anak-anak demi masa depan mereka.

Ibu bapa juga diingatkan agar sentiasa bersama-sama pihak sekolah dalam menangani permasalahan ponteng sekolah yang menurutnya, menjadi penyumbang kepada pelbagai perkara yang tidak sihat dalam kalangan pelajar.

Ujarnya lagi, pelbagai bentuk bantuan serta insentif persekolahan telah diberikan oleh pihak kerajaan kepada para pelajar, bertujuan membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar selain membantu mengurangkan beban ibu bapa.

Justeru katanya, segala bantuan serta sokongan daripada kerajaan mahupun pihak sekolah, haruslah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh ibu bapa dan pelajar.

Beliau juga turut mengumumkan sumbangan berupa tiga buah khemah kepada pihak PIBG, untuk digunakan oleh pihak sekolah.

Mesyuarat kali ini juga menyaksikan pemilihan jawatankuasa yang baru bagi sesi 2018-2019.

MAKLUMAT MESYUARAT

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 42

Tarikh: 12/1/2018

Tempat: Kantin SKKPs

Masa: 2.30 petang

Perasmi: YB Tuan Hj. Mat bin Hj. Hassan, ADUN Kuala Perlis

Sumbangan berjumlah RM 854.95 diterima daripada ibu bapa dan guru dalam mesyuarat agung kali ini.