Pendaftaran Tahun 1 SK Kuala Perlis akan diadakan pada hari Isnin, 2 Januari 2018, pada jam 8.30 pagi hingga jam 11.00 pagi, bertempat di Dewan Terbuka SKKPs. Ujian saringan kepada murid-murid akan diadakan di kelas-kelas yang akan ditentukan manakala taklimat kepada ibu bapa akan disampaikan oleh Guru Besar SKKPs.

Sehubungan dengan itu, diharapkan agar ibu bapa dan murid yang terlibat dapat menghadirkan diri di tempat dan pada masa yang telah ditetapkan.

Harap maklum dan terima kasih.