M

esyuarat Pengurusan dan Kurikulum SK Kuala Perlis 2018 telah berlangsung pada 27 Disember 2017, bertempat di Bilik Mesyuarat SKKPs.

Mesyuarat pengurusan dipengerusikan oleh Guru Besar SKKPs, En. Shamsul Ariffin bin Mohd. Diah manakala mesyuarat kurikulum pula oleh En. Zulkarnin bin Mat Nayan, Penolong Kanan Kurikulum SKKPs.

Antara perkara yang disentuh termasuklah pembudayaan Google Forms dalam kalangan para pentadbir dan guru, pengisian data, pencapaian kurikulum sepanjang tahun 2017, LINUS dan Pemulihan serta peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh semua guru.

MAKLUMAT MESYUARAT

Mesyuarat Pengurusan dan Kurikulum SKKPs

Tarikh: 27/12/2017

Tempat: Bilik Mesyuarat SKKPs

Masa: 8.30 pagi -1.00 Petang