P

asukan Bola Sepak Bawah 11 Tahun SK Kuala Perlis di bawah bimbingan Cikgu Mirzanil, telah muncul sebagai johan dalam Pertandingan Bola Sepak Bawah 11 Tahun Sempena Hari Kokurikulum SK Seberang Ramai yang telah berlangsung pada 15 November yang lalu.

Selain itu, dua orang pemain SKKPs turut membawa pulang anugerah iaitu Al-Amin (Pemain Terbaik Kejohanan) dan Khairul Ikhwan (Penjaring Terbanyak Kejohanan).

Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas pencapaian yang telah diraih.

MAKLUMAT KEJOHANAN

Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun Sempena Hari Kokurikulum SK Seberang Ramai

Tarikh: 15/11/2017

Tempat: SK Seberang Ramai

Jurulatih: Cikgu Mirzanil

Kejayaan:

  • Johan Kejohanan
  • Penjaring Terbanyak
  • Pemain Terbaik