S

eramai 40 orang atlet SK Kuala Perlis mengikuti lawatan ke Fakulti Sains Sukan dan Rekrasi UiTM Perlis pada 16 November 2017.

Mereka diiringi oleh seramai 7 orang guru termasuk Guru Besar SKKPs, En. Shamsul Ariffin Mohd. Diah.

Ketibaan mereka pada jam 8.30 pagi disambut oleh para pegawai daripada fakulti tersebut.

Para peserta kemudiannya dibawa mendengar taklimat berkaitan sains sukan dan rekreasi di Dewan Kuliah 5 sebelum dibawa ke gimnasium untuk aktiviti lawatan dan kecergasan di sana.