M

ajlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2017 Peringkat SK Kuala Perlis telah diadakan pada 15 September 2017 bertempat di Dewan Tertutup SK Kuala Perlis.

Meskipun berlangsung dalam suasana hujan lebat, kemeriahan majlis tidak terjejas dengan para guru, murid serta ibu bapa bersama-sama menjayakan semua acara yang telah dirancang.

 

ANEKA AKTIVITI

Pelbagai aktiviti diadakan bagi mewarnai majlis kali ini, antaranya Pertandingan Keceriaan Kelas, Pertandingan Mewarna, Basikal Merdeka, Perarakan Kebangsaan dan juga Pertandingan Pakaian Bertema Murid-murid Prasekolah.

Paling mencuri tumpuan ialah aktiviti yang melibatkan ibu bapa dan waris (Boling Kelapa dan Musang Berjanggut) serta Persembahan Dikir Barat.