Pusat Kecemerlangan Pendidikan (PKP) Kuala Perlis dengan kerjasama Muzium Kota Kayang telah menganjurkan Program “Aku Negaraku” bertempat di Muzium Kota Kayang, pada 23 Ogos yang lalu.

Pusat Kecemerlangan Pendidikan (PKP) Kuala Perlis dengan kerjasama Muzium Kota Kayang telah menganjurkan Program “Aku Negaraku” bertempat di Muzium Kota Kayang, pada 23 Ogos yang lalu.

Program tersebut melibatkan penyertaan semua guru, PPM dan murid Prasekolah dan Prasekolah Pendidikan Khas di bawah PKP Kuala Perlis. Turut terlibat memeriahkan majlis adalah para ibu bapa dan waris murid.

Pelbagai acara telah diadakan, antaranya acara senamrobik, serkap ikan dalam bendang, menanam padi, “Musang Berjanggut” dan tarik tali (acara ibu bapa), membina tugu negara serta pertandingan pakaian beragam.

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi itu telah berakhir pada jam 1.30 petang. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT, En. Samsuddin Wira b. Samsuddin.