PPKIBP adalah antara kelas yang aktif memanfaatkan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK/ICT) dalam aktiviti PdPc di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis.
Program PdPc menggunakan Frog VLE dilaksanakan pada setiap hari Khamis dan berjalan sepanjang tahun.
Meskipun tergolong dalam kumpulan murid-murid Pendidikan Khas, ianya tidak menjadi penghalang kepada murid-murid tersebut menggunakan kemudahan ICT dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Pelaksanaan program ini bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, bertempat di Makmal Komputer SKKPs.
Menerusi program ini, guru-guru dan PPM berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid dalam mengendalikan laman Frog VLE mereka, di samping memanfaatkan kemudahan Virtual Learning Environment untuk tujuan pembelajaran.


