Pasukan ICT SK Kuala Perlis telah berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan multimedia sempena Mini Karnival ICT yang telah diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis pada 20 Julai yang lalu.

Pasukan yang dibimbing oleh Puan Anisuzila dan dianggotai seramai 2 orang murid itu adalah antara pasukan yang terpilih untuk ke peringkat akhir daripada sejumlah 95 buah pasukan yang bertanding.

Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada mereka yang terlibat atas kejayaan yang telah diraih.